Macam hape je exam kali ni..
semua aku dapat teruk..
hehe..
best woo..
hari ni baru dapat 4 subjek
aku list kat bawah ni k..
Sejarah = 80 [A] cukup2 makan ja tu
Mathematics = 87 [A] turun 10 markah dr haritu
Kemahiran Hidup = 88 [A] turun 3 markah dr haritu
bahasa Arab = 89 [A] turun 10 markah..
sedih gila kena marah ngan abg aku..
Isnin, 23 Mac 2009
TuanBlog9479 Journal
Posted by TuanBlog9479 at 8:14 PTG 1 comments
Ahad, 1 Mac 2009
TuanBlog9479 Music
Do You Fond To Download Song ?
Here You Can Download.....
Iklim : Gerhana Cinta Luka
Spring : Sejiwa
For More Songs, You Must Always Be The Follower Of This Site.....
Creator : TuanBlog9479
Posted by TuanBlog9479 at 8:32 PTG 0 comments
TuanBlog9479 Journal
Pada irama ku berpesan
Lagu ini ditujukan
Padanya yang Tersayang
Kasihku kau pernah dipersia
Lalu kubawa cintaku
Sebagai penawarnya
Biar lukamu masih terasa
Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu
Tiada dapat beradu
Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan
Tiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu
Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya
Inginku selalu di sampingmu
Tiap waktu siang melambai malam
Bagaikan senja denyutan cinta kita
Penyambung hadirnya
Akan ku bina istana bahagia
Menjadi lambang kasih berpanjangan
Hentikan airmata pedih kenangan
Yang mencakar perasaan
Mekarlah bunga cinta
Seharum wangi kemboja
Mekarlah bunga cinta
Di taman kita sejiwa
Posted by TuanBlog9479 at 8:30 PTG 0 comments
Sabtu, 28 Februari 2009
TuanBlog9479 Journal
Dingin pagi menusuk seenap susuk tubuhku. Mentari memancarkan suria memecahkan kedinginan. Gelora hatiku masih lagi kacau. Aku tidak dapat menerima apa yang telah berlaku. Air mataku masih lagi membasahi pipi. Sebak di dada masih tidak terkawal. Tangisanku semakin menjadi-jadi. Terisak-isak.
Suara tangisanku semakin tenggelam. Ditenggelami kicauan burung. Kedengaran bunyi tapak kasut menghampiriku. Bayang-bayangnya mendekatiku. Hatiku tiba-tiba resah. Susuk tubuh yang sasa serta berkumis kini berdiri di hadapanku. Aku kaget. Aku tersentak apabila melihat wajahnya. Kini, Kamal berada di depanku. Aku terdiam seribu bahasa.
Kamal juga terdiam kaku. Hanya kedengaran bunyi air mengalir. Aku memlukan bicara. Memecahkan kesunyian. "Kenapa kau datang lagi?", ujarku marah. "Kau mahu apa lagi dariku?", sambungku. "Man, aku minta maaf!", jawab Kamal kesal. "Untuk apa kau minta maaf?", kataku marah. "Sebab aku kau yang kena, Man!", kata Kamal. "Kau dah buat aku tidur di dalam besi itu, kau senang-senang nak minta maaf?", tengkingku lagi.
Suasana yang tadinya tegang kini mulai tenang. Raut wajah Kamal mulai berubah. Wajah kesalnya jelas terpampar. "Kenapa kau diam?, kataku dengan nada yang tinggi. "Man.....", katanya terhenti. "Apa?", jerkahku lagi. "Man, aku minta maaf!", katanya sayu. Matanya kelihatan bergelinang dengan air mata.
Dengan tidak ku sangka, air mata kesalnya jatuh membasahi pipi. Hatiku mulai sebak kembali. Kamal yang tadinya berdiri, terduduk kaku. Hatiku resah gelisah. "Apakah aku telah menyakiti hatinya? Apakah aku terlalu kasar dengannya?", kata hatiku. Fikiranku masih lagi menyalahkan diriku. Aku kesal kerana meninggikan suara dengan lelaki berumur dua puluh tujuh tahun ini. Aku hanyalah dua tahun lebih muda darinya. "Apakah aku telah menyakitkan hati kawanku?", ujar hatiku.
Suaraku tersekat-sekat meminta maaf. "Mal.....a.....aku.....min.....minta.....ma.....maaf!", kataku hampa. "Tak perlu Man......Aku yang salah. Aku memang salah!", katanya menyalahkan dirinya. Tidak ku sangka dia dengan tidak semena-menanya memukul dirinya. Mulutnya tidak lekang dari menyalahkan diri. Membuatkan sayu menguasai diriku.
Suasana kembali sunyi tanpa bicara. Kamal yang tadinya memukul-mukul dirinya, kini telah terhenti. Kamal menangis terisak-isak. "Mal..... Aku minta maaf!", kataku memujuknya. "Man, aku yang salah! Aku yang curi komputer riba milik pensyarah! Tapi bila pensyarah tanya aku menuduh kau Man. Aku yang letak benda tu dalam bilik kau! Aku memang teruk Man! Aku jahat!", katanya. Kamal masih lagi tidak dapat mengawal golak hatinya.
"Mal, aku tak kisah!", kataku melegakan hatinya. "Man, terima kasih kerana tak marahkan aku!", katanya hampa. Kamal masih lagi terisak-isak menangis tetapi makin berkurangan. "Mal, tak ada apa-apa pun.", kataku mengurangkan kesedihan yang melanda dirinya. Kamal mulai senyum. "Kawan tolong kawan. Ayah aku pun berpesan supaya aku menjadi bagai aur dengan tebing. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.", tambahku lagi.
Dia memelukku secara tiba-tiba. Kamal mengucapkan terima kasih kepadaku. Tangannya sibuk mengesat air mata di pipi. Aku mengajaknya berjalan-jalan di sekitar taman. Aku berhenti di sebuah kali. Airnya mengalir tenang. Burung-burung bercempera terbang. Pohon rendang menari-nari ditiup bayu pagi. Menenangkan sanubari yang bergelora. Melawan gelisah.
Matahari kini tepat berada di kepala. Perutku mulai bernyanyi. Aku mengajaknya makan. Aku memesan Nasi Ayam bersama secangkir kopi. Begitu juga Kamal. Aku makan dengan pelahapnya. Setelah menikmati juadah tengah hari, aku menghantar Kamal pulang.
Hasil Nukilan : TuanBlog9479
Posted by TuanBlog9479 at 12:27 PTG 0 comments
Jumaat, 16 Januari 2009
TuanBlog9479 Journal
Bermanja dan berkasih
Andai dapat aku ditemanimu
Nian indahnya hidupku
Girang gembiranya hayatku.
Andainya aku disayangi selalu
Biarkanlah aku hanyalah untukmu
Andainya aku perlukanmu
Namun engkau tidak dapat memenuhinya
Gundahlah hatiku seharian.
Andainya engkau mengingati aku selalu
Biarkanlah ianya berterusan
Andainya ianya berhenti di tengah jalan
Nescaya sepilah hidupku tanpamu
Gugurkanlah dirimu dari hatiku.
Andainya inilah suratan dan takdir hidupku
Biarkanlah ia berlaku ke atas diriku
Andainya aku ditakdirkan kesepian
Nescaya akan aku terimanya seadanya
Gugurlah segala kebahagiaan diriku.
Alangkah sedihnya diriku keseorangan
Betapa sunyinya hidupku
Andainya engkau pergi meninggalkanku
Necaya hidupku dilanda kesepian
Gundah gelisah sepanjang masa.
Andainya inilah takdir hidupku
Biarkanlah ia berterusan
Akan aku terima segalanya
Natijahnya kosonglah hidupku
Gugurlah segala kebahagiaan dijiwa seorang insan.
Hasil Nukilan : TuanBlog9479
Posted by TuanBlog9479 at 9:09 PTG 3 comments
Khamis, 1 Januari 2009
TuanBlog9479 Journal
SEBENARNYA.....
KITA SEBENARNYA.....
- LEBIH GEMBIRA MENYAMBUT 1 JANUARI DARIPADA 1 MUHARRAM
- LEBIH TAHU APA ITU 14 FEBRUARI DARIPADA 12 RABIUL AWAL
- LEBIH MEMBESARKAN HARI SABTU DAN HARI AHAD DARIPADA HARI JUMAAT
- LEBIH KHUSYUK MENDENGAR LAGU DARIPADA MENDENGAR AZAN
- LEBIH SUKA LEPAK, TIDUR, MAIN GAME, TENGOK TELEVISYEN DARIPADA SEMBAHYANG
- LEBIH TAHU TENTANG ARTIS PUJAAN DARIPADA NAMA NABI-NABI DAN KEKASIH ALLAH
- LEBIH SUKA MENYEBUT 'HELLO', 'HAI' DAN 'HOI' DARIPADA 'ASSALAMUALAIKUM'
- LEBIH SUKA PAKAI CAP/TOPI DARIPADA MEMAKAI TUDUNG ATAU KUPIAH
- LEBIH SUKA MENYANYI DARIPADA BERWIRID, BERTAHMID DAN BERTAKBIR
- LEBIH SUKA MEMUJI MANUSIA DARIPADA MEMUJI ALLAH
- LEBIH SUKA MEMBACA MAJALAH HIBURAN DAN KOMIK DARIPADA AL-QURAN
- LEBIH SUKA MENDENGAR LAGU, BERKONSERT, BERKARAOKE, DAN BERKARNIVAL DARIPADA MENDENGAR CERAMAH, FORUM DAN KULIAH AGAMA
- LEBIH SUKA MENGEJI, MENGUMPAT DARIPADA MEMUJI
- LEBIH SUKA MENCARUT DARIPADA MENYEBUT 'MASYAALLAH'
- LEBIH SUKA KEMUNGKARAN DARIPADA KEBAJIKAN
- LEBIH BANGGA DENGAN KEJAHILAN DARIPADA BERSYUKUR DENGAN NIKMAT IMAN DAN ISLAM
- LEBIH CINTAKAN URUSAN DUNIA DARIPADA URUSAN AKHIRAT
TAPI BILA ORANG TANYA ARAH TUJUAN KITA, KITA PASTI AKAN JAWAB KITA SEBENARNYA.....
LEBIH SUKA MENUJU KE SYURGA DARIPADA NERAKA.
- layakkah kita dengan SYURGA milik ALLAH SWT itu????? Yang Mana ALLAH Suruh Sama-Samalah Kita Buat, Yang Mana Allah Larang Tu Pakat-Pakatlah Tinggalkan-
RENUNG-RENUNGKANLAH.....
Posted by TuanBlog9479 at 3:04 PTG 8 comments
Rabu, 31 Disember 2008
TuanBlog9479 Journal
MULAI 01 JANUARI 2008, ..::9479::.. AKAN DIUBAH SEBAGAI SEBUAH BLOG YANG PRIVATE.. HANYA AHLI YANG DIJEMPUT BOLEH MEMBACA CATATAN.. UNTUK SESIAPA YANG BERMINAT, SILA BERIKAN EMEL ANDA.. SELEWAT-LEWATNYA PUKUL 11.59 MALAM [31 DISEMBER 2008].. HARAP MAKLUM..
Posted by TuanBlog9479 at 10:59 PTG 1 comments
Jumaat, 26 Disember 2008
TuanBlog9479 Journal
Masih berbunga cintaku ini
Harum dalam kenangan
Biarpun telah engkau calarkan
Kuntum-kuntum rindu
Masih berdarah lukaku ini
Pedih menikam jiwa
Simpulan cinta terlucut kini
Menyapalah derita...
Bukanku mengungkit kisah lama
Sekadar mengulit kenangan
Kasih sayang yang kita semai
Ketandusan...
Mengapa terjadi perpisahan
Di kala aku memerlukan
Secebis rindu menghias kamar
Kegelapan...
Rela aku begini dan terus begini
Merawati kelukaan...
Semoga suatu hari ada sinar sang suria
Menerangi..
Tiada guna ku tangis ratapi perpisahan
Yang berlalu biarkanlah...
Kerna aku percaya sebalik kedukaan
Ada bahagia...
Masih berdarah lukaku ini
Pedih menikam jiwa
Simpulan cinta terlucut kini
Menyapalah derita...
Posted by TuanBlog9479 at 7:54 PTG 5 comments