Dingin pagi menusuk seenap susuk tubuhku. Mentari memancarkan suria memecahkan kedinginan. Gelora hatiku masih lagi kacau. Aku tidak dapat menerima apa yang telah berlaku. Air mataku masih lagi membasahi pipi. Sebak di dada masih tidak terkawal. Tangisanku semakin menjadi-jadi. Terisak-isak.
Suara tangisanku semakin tenggelam. Ditenggelami kicauan burung. Kedengaran bunyi tapak kasut menghampiriku. Bayang-bayangnya mendekatiku. Hatiku tiba-tiba resah. Susuk tubuh yang sasa serta berkumis kini berdiri di hadapanku. Aku kaget. Aku tersentak apabila melihat wajahnya. Kini, Kamal berada di depanku. Aku terdiam seribu bahasa.
Kamal juga terdiam kaku. Hanya kedengaran bunyi air mengalir. Aku memlukan bicara. Memecahkan kesunyian. "Kenapa kau datang lagi?", ujarku marah. "Kau mahu apa lagi dariku?", sambungku. "Man, aku minta maaf!", jawab Kamal kesal. "Untuk apa kau minta maaf?", kataku marah. "Sebab aku kau yang kena, Man!", kata Kamal. "Kau dah buat aku tidur di dalam besi itu, kau senang-senang nak minta maaf?", tengkingku lagi.
Suasana yang tadinya tegang kini mulai tenang. Raut wajah Kamal mulai berubah. Wajah kesalnya jelas terpampar. "Kenapa kau diam?, kataku dengan nada yang tinggi. "Man.....", katanya terhenti. "Apa?", jerkahku lagi. "Man, aku minta maaf!", katanya sayu. Matanya kelihatan bergelinang dengan air mata.
Dengan tidak ku sangka, air mata kesalnya jatuh membasahi pipi. Hatiku mulai sebak kembali. Kamal yang tadinya berdiri, terduduk kaku. Hatiku resah gelisah. "Apakah aku telah menyakiti hatinya? Apakah aku terlalu kasar dengannya?", kata hatiku. Fikiranku masih lagi menyalahkan diriku. Aku kesal kerana meninggikan suara dengan lelaki berumur dua puluh tujuh tahun ini. Aku hanyalah dua tahun lebih muda darinya. "Apakah aku telah menyakitkan hati kawanku?", ujar hatiku.
Suaraku tersekat-sekat meminta maaf. "Mal.....a.....aku.....min.....minta.....ma.....maaf!", kataku hampa. "Tak perlu Man......Aku yang salah. Aku memang salah!", katanya menyalahkan dirinya. Tidak ku sangka dia dengan tidak semena-menanya memukul dirinya. Mulutnya tidak lekang dari menyalahkan diri. Membuatkan sayu menguasai diriku.
Suasana kembali sunyi tanpa bicara. Kamal yang tadinya memukul-mukul dirinya, kini telah terhenti. Kamal menangis terisak-isak. "Mal..... Aku minta maaf!", kataku memujuknya. "Man, aku yang salah! Aku yang curi komputer riba milik pensyarah! Tapi bila pensyarah tanya aku menuduh kau Man. Aku yang letak benda tu dalam bilik kau! Aku memang teruk Man! Aku jahat!", katanya. Kamal masih lagi tidak dapat mengawal golak hatinya.
"Mal, aku tak kisah!", kataku melegakan hatinya. "Man, terima kasih kerana tak marahkan aku!", katanya hampa. Kamal masih lagi terisak-isak menangis tetapi makin berkurangan. "Mal, tak ada apa-apa pun.", kataku mengurangkan kesedihan yang melanda dirinya. Kamal mulai senyum. "Kawan tolong kawan. Ayah aku pun berpesan supaya aku menjadi bagai aur dengan tebing. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.", tambahku lagi.
Dia memelukku secara tiba-tiba. Kamal mengucapkan terima kasih kepadaku. Tangannya sibuk mengesat air mata di pipi. Aku mengajaknya berjalan-jalan di sekitar taman. Aku berhenti di sebuah kali. Airnya mengalir tenang. Burung-burung bercempera terbang. Pohon rendang menari-nari ditiup bayu pagi. Menenangkan sanubari yang bergelora. Melawan gelisah.
Matahari kini tepat berada di kepala. Perutku mulai bernyanyi. Aku mengajaknya makan. Aku memesan Nasi Ayam bersama secangkir kopi. Begitu juga Kamal. Aku makan dengan pelahapnya. Setelah menikmati juadah tengah hari, aku menghantar Kamal pulang.
Hasil Nukilan : TuanBlog9479
Sabtu, 28 Februari 2009
TuanBlog9479 Journal
Posted by TuanBlog9479 at 12:27 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan